TEMPAT ADMIN BERTUGAS

ADMIN MULA BERTUGAS SEBAGAI GURU DI SEKOLAH INI PADA TAHUN 2008...

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 24 Disember 2014

5 TEKNIK CARIAN DI GOOGLE UNTUK GURU

Zaman moden dan era internet kini memainkan peranan besar kepada warga pendidik. Segala kerja hampir semua memerlukan talian internet. Pengunaan internet kadangkala memudahkan dan begitu juga sebaliknya.
Di sini ingin saya kongsikan 5 teknik berkesan carian di Google yang bakal membantu para guru mendapatkan hasil yang dikehendaki.

#1 Penggunaan Kata Kunci Filetype:xxxx

filetype doc kertas kerja


Pengunaan kata kunci filetype:xxxx dapat membantu para guru mendapatkan dokumen yang ingin dicapai di dalam internet dengan lebih spesifik dan mudah.
Sebagai contoh, anda ingin mencari kertas kerja tetapi mahu kertas kerja itu di dalam bentuk document yang boleh diedit. Maka, anda harus manaip filetype:doc kertas kerja di enjin carian Google.
Hasil carian, semua dokumen berformat doc (Word) yang mempunyai kata kunci kertas kerja akan keluar.
Terdapat beberapa kata kunci lain yang boleh anda gunapakai untuk mendapatkan carian yang bertepatan dengan kehendak anda.
Di bawah ini saya senaraikan katakunci filetype:xxxx yang boleh anda gunakan semasa membuat carian di Google beserta kegunaannya.
Filetype:doc xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Word
Filetype:pdf xxxxx – carian dokumen berformat Adobe Acrobat ( PDF )
Filetype:xls xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Excel
Filetype:ppt xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Power Point
*gantikan xxxxx dengan kata kunci carian anda.

#2 Pencarian Di Dalam Laman Sesawang Tertentu

site search
Kadangkala kita sudah tahu laman sesawang apa yang hendak kita buka dan cari maklumat. Sebagai CikguIK.com. Terdapat kemudahan yang disediakan oleh Google untuk mencari maklumat di dalam laman web tersebut.
Gunakan kata kunci site:www.cikguik.com xxxxx untuk mencari maklumat di dalam laman tersebut. Ianya boleh digunakan untuk semua laman sesawang yang anda tahu alamatnya.

#3 Penyelesaian Matematik Ringkas

4 x 4 x 4 x 7 x 8 x 9   Google Search
Mahu menjawab soalan matematik ringkas dengan cepat? Google mampu membantu anda menyelesaikannya dengan pantas. Pada ruang carian Google, hanya masukkan soalan matematik tersebut. Contohnya 4 x 4 x 4 x 7 x 8 x 9.
Paparan jawapan pada kalkulator Google akan terhasil. Selain itu, Google juga dapat menukar unit SI dengan mudah. Contohnya 45kg to mg. Paparan pernukaran unit SI akan muncul di enjin carian ini.
Bukan itu sahaja, penambahan masa dan waktu juga boleh dibuat di Google. Contohnya 45 minutes + 125 minutes. Anda akan mendapat jawapannya dengan segera. Google juga dapat memberitahu anda masa di satu-satu lokasi. Hanya perlu menaip Time in Phuket di enjin carian ini. Google akan memaparkan masa semasa di lokasi yang ditaip.
Buat masa ini, Google hanya dapat menerima arahan di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin suatu masa akan datang, Bahasa Melayu akan diterima dalam penggunaan aplikasi ini.

#4 Buat Perbandingan

rice vs wheat   Google Search
Mungkin jarang digunakan tetapi sesuai untuk kita gunapakai di dalam kelas bagi tujuan menunjukkan kepada murid perbandingan-perbandingan tertentu.
Gunakan kata kunci vs / versus. Sebagai contoh, rice versus wheat. Google akan memaparkan kandungan dan kalori di dalam setiap gram bagi nasi dan gandum yang ditulis di dalam carian. Anda boleh cuba dengan kata kunci lain, namun bukan semua dapat disenaraikan di oleh Google.

#5 Carian Journal dan Artikel Ilmiah

Google Scholar
Tugas guru bukan sahaja mendidik, malah menambahkan ilmu pengtahuan sedia ada. Ada antara kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana dan Sarjana ingin mendapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan tesis.
Google telah membuat satu laman carian khas bagi tujuan ini. Google Scholar. Hanya gunakan kata kunci carian anda dan tekan enter untuk mencarinya. Anda akan didedahkan dengan pilihan samada bahan rujukan di dalam bentuk pdf atau artikel di dalam laman web berautoriti.
Semoga 5 teknik carian di Google ini dapat membantu anda. Sebarang komen? Hanya masukkan butiran dibawah. Saya menanti komen-komen dari anda.

Kredit gambar : arkib cikguIK, Google

LAGU - LAGU PATRIOTIK UNTUK GURU

Pada kebiasaannya, setiap kali perhimpunan rasmi atau majlis-majlis keramian yang dihadiri oleh individu-indiviu penting, lagu-lagu patriotik atau lagu rasmi akan dimainkan.
Hampir sepanjang tahun akan ada banyak aktivti yang memerlukan lagu-lagu patriotik contohnya, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari 1 Malaysia, Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan pelbagai aktiviti lain yang dijayakan oleh guru-guru berkaliber di sekolah.
Namun begitu, apabila tiba pada hari yang ditetapkan, lagu yang hendak dimainkan tiada dalam simpanan. Di sini saya akan kongsikan beberapa lagu rasmi dan patriotik untuk dijadikan simpanan dan rujukan kelak.

#1 Lagu Negaraku

bendera malaysia
Penulis Lagu : Saiful Bahri ( 25 Ogos 1957 )
Penggubah Lagu : Pierre-Jean de Beranger ( 31 Ogos 1957 )
Muat Turun Lagu : Versi Penuh / Versi Instrumental.
Lagu Negaraku ini merupakan lagu rasmi yang selalu dimainkan pada dan ketika majlis-majlis rasmi keramaian. Lagu Negaraku mempunyai beberapa semenjak ianya ditulis. Sehingga kini ianya menjadi lagu kebanggaan rakyat Malaysia di mana jua berada.

#2 Lagu KeranaMu

malaysia-kuala-lumpur
Penggubah Lagu : Datuk Suhaimi Mohd Zain ( Pak Ngah )
Penulis Lirik : Siso Kopratasa
Muat Turun : Versi Instrumental / Versi Penuh
Lagu ini merupakan lagu rasmi Hari Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 2000 sehingga 2006. Walau bagaimanapun, ianya masih lagi dimainkan di corong radio dan majlis-majlis patriotik sempena Hari Kebangsaan.

#3 Lagu Tanggal 31

tugu-negara
Penggubah Lagu : Ahmad C.B
Penulis Lirik : Ahmad C.B
Muat Turun : Versi Penuh
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Arshad seringkali didengari di corong-corong radio. Lagu yang tidak lapuk dek hujang tidak lekang dek panas ini sentiasa menjadi pilihan apabila tiba masa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

#4 Lagu Guru Penjana Transformasi

hari-guru
Penggubah Lagu : –
Penulis Lirik : –
Muat Turun : Versi Instrumental / Versi Penuh
Setiap bulan Mei, sudah pasti akan diadakan sambutan Hari Guru samada di peringkat sekolah mahupun daerah. Ini merupakan antara lagu yang menjadi nyanyai para guru di sekolah selain lagu pilihan Kami Guru Malaysia.

#5 Lagu Kami Guru Malaysia

guru-mengajar
Penggubah Lagu : –
Penulis Lirik : –
Muat Turun : Versi Penuh
Ini merupakan lagu wajib yang seringkali dinyanyikan oleh para guru ketika di sekolah ketika sambutan hari guru 16 Mei. Lagu yang menggamit kenangan ketika kita menjadi murid di sekolah mahupun pendidik di sekolah.
Banyak lagi lagu-lagu patriotik akan kami update dari masa ke masa. Jika ada sebarang cadangan lagu, mohon komen di bawah untuk kami ambil tindakan update artikel ini.

Sabtu, 8 November 2014

TAKWIM 2015

Takwim persekolahan bagi sesi 2015 sudah dikeluarkan di laman web KPM pada hari ini. Dengan berbaki lagi hampir sebulan untuk bersekolah bagi sesi 2014, maka diharap jadual dan takwim ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti pada tahun 2015. Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 205 hari dan Jumlah Hari Cuti Penggal pula adalah 85 hari. Selamat merancang! Kumpulan A Negeri yang bersekolah pada hari Ahad : Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Takwim Sekolah 2015 Kumpulan A Kumpulan B Negeri yang bersekolah pada hari Isnin : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan
Takwim Sekolah 2015 Kumpulan B

5 TIPS MENJADI GURU YANG BERWATAK

Pernah tak tanya diri sendiri, jika disebut nama kita nih di sekolah, murid-murid tahu tak apa bidang yang dikaitkan dengan kita? Murid-murid tahu tak kita nih ajar subjek apa? atau apa-apa perkara yang sepatutnya disinonimkan dengan kita. Contohnya, cikgu Sains ke, cikgu Bola Baling ke, cikgu KRS ke atau lain-lain bidang yang berkaitan. Kalau dah bertahun mengajar di sekolah, dan budak-budak sekolah kita masih tak dapat nak melabelkan kita nih sebagai guru apa, rasanya ada sesuatu yang perlu kita semak di situ. Tapi untuk yang dah mendapat LABEL dan pengiktirafan daripada murid, TAHNIAH cikgu. Anda dah jadi GURU YANG BERWATAK.
5 Tips Menjadi Guru Yang Berwatak Guru Berwatak Adakah penting untuk menjadi guru yang berwatak? Pada pendapat peribadi saya, jika kita inginkan sesuatu yang lebih jauh dalam kerjaya kita sebagai guru, maka saya akan jawab YA! Tapi jika anda hanya berharap menjadi guru biasa-biasa sahaja sepanjang perkhidmatan anda, maka ini bukan bacaan untuk anda. Anda boleh terus melakukan aktiviti anda di sekolah seperti sedia kala. Pada saya, Guru Berwatak akan mewujudkan satu persepsi bahawa kita telah benar-benar berjaya menguasai bidang yang kita ceburi dengan baik. Sinonim sekali kita dengan bidang tersebut, sehingga setiap kali disebutkan mengenai bidang tersebut, maka kita lah guru yang dicari. Jadi, apa yang perlu kita buat untuk menjadi GURU YANG BERWATAK? #1 : Fokus Bagi menjadi guru yang berwatak, kita perlu lah mempunyai fokus atau hala tuju dalam apa yang kita ceburi. Maksudnya, di mana kita mahu kelihatan berjaya. Jika mempunyai sedikit kelebihan dalam kejurulatihan sukan, ada baiknya, jika kita pilih satu sukan yang paling kita mahir, berbanding daripada kita memilih untuk melatih pelbagai sukan (kecuali dipaksa pihak sekolah).
Bagi menjadi guru yang berwatak, kita perlu lah mempunyai fokus atau hala tuju dalam apa yang kita ceburi. Fokus kepada di mana kita mahu berjaya, tetapi harus disertakan dengan minat dan sedikit kemahiran. Kalau ada bakat, itu akan beri kita kelebihan tambahan. Ada juga rakan guru yang menceburi banyak bidang, tetapi gagal menyerlah di mana-mana. Itu satu kerugian. Akhirnya, hasil yang diperolehi tak sepadan dengan masa yang diluangkan. #2 : Tekun Sifat tekun sememangnya dituntut jika kita mahu fokus dalam sesuatu perkara. Apatah lagi jika bidang yang ingin kita ceburi itu, sudah ditunjangi oleh mereka-mereka yang sudah jauh berpengalaman dan bertahun-tahun dalam bidang tersebut.
Tapi jangan risau. Sifat ketekunan yang tinggi pasti akan membawa kita kepada hasil yang memuaskan. Maka, terus lakukan apa yang kita rancangkan dengan teliti dan penuh kesabaran. Tekun mencari ilmu. Tekun memperbaiki diri. InshaAllah hasilnya nanti pasti akan buat kita tersenyum lebar. #3 : Kental Hati mau kental! Jika kita dah berjaya mengenalpasti di mana fokus kita sebagai seorang guru, maka untuk mencapai cita-cita tersebut, dah pasti akan wujud banyak halangan. Halangan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Halangan dari pentadbir yang mungkin tidak bersetuju dengan idea kita, atau kekurangan dana. Halangan dari persekitaran sekolah, murid, tempat dan lain-lain lagi. Malah halangan juga boleh datang dari rakan sekerja. Banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Hati mau kental! Dalam menangani halangan ini, hati mesti kental macam batu. Bukan kental membuta tuli a.k.a degil taknak dengar nasihat orang. Sebaliknya kental memperjuangkan idea dan apa yang kita mahu dan sedang lakukan. Hati juga mesti tabah menempuhi halangan luaran. Ini tak, belum apa-apa, dah ditegur, terus merajuk taknak buat kerja.. Itu nak ngelat namanya! ;) #4 : Istiqamah Istiqamah dan berterusan juga adalah sangat penting ke arah mewujudkan guru yang berwatak ini. Sifat istiqamah ini akan memberikan sudut positif bahawa kita benar-benar bersungguh dengan apa yang sedang kita lakukan. Bukan projek hangat-hangat tahi ayam punya.
#4 : Istiqamah Selalu juga saya berkongsi dengan rakan-rakan guru yang baru posting, jika ada apa yang ingin kita lakukan, maka lakukanlah sedikit demi sedikit. Tetapi terus lakukan perkara tersebut (dengan penambahbaikan) bagi memberi impresi bahawa kita memang tekun dan bersungguh dengan projek kita. Bukan satu idea yang bagus jika kita lakukan banyak perkara masa tahun pertama perkhidmatan, tetapi kemudiannya tak sampai separuh bakal diteruskan untuk tahun seterusnya. Bukan main lagi ye.. ;) #5 : Positif Sudah pasti ke arah kita menjadi guru yang berjaya nih, pasti akan wujud lebih ramai kawan dan lawan. Sama ada mereka adalah kawan atau lawan, mereka boleh jadi apa saja seperti juga cara kita berfikir. Kalau kita berfikir secara negatif pula, maka dua kelompok ini boleh jadi pesaing dan perosak untuk kita bekerja dengan baik.
Sentiasa Berfikiran Positif Kalau kita berfikir secara positif, maka dua kelompok ini boleh jadi inspirasi dan motivasi untuk kita bekerja dengan lebih tekun. Maka untuk itu, sentiasa positifkan niat kita dan juga diri kita. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja. Demikianlah 5 Tips yang saya dapat kongsikan hasil daripada pengalaman dan pemerhatian saya dalam beberapa tahun bergelar guru. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menjadi guru yang lebih baik. Ilmu tak pernah habis. Namun saya berbangga setiap kali budak sinonimkan saya dengan "Cikgu Sains", "Cikgu Sofbol" dan "Cikgu Drama"! ;) Cikgu pula, bagaimana?

Selasa, 25 Februari 2014



Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.
 *Nota Penting:
1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan  maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan  ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
2. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3.  Pelajar yang menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Tahun 2013.  Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my Sila pastikan kod sekolah adalah betul  sebelum dicetak.
a) Gunakan panduan carian sekolah diberi semasa mengisi maklumat sekolah.
b) Maklumat sekolah boleh dikemaskini dengan memasukkan nombor mykad/mykid di http://ukm1.permatapintar.edu.my dengan menggunakan panduan mengemaskini maklumat sekolah.
c) Bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran dan  MRSM, sekiranya kod sekolah adalah seperti  XXX2013448522, ini bermakna kod adalah salah.
d) Bagi sekolah persendirian dan sekolah rendah agama yang tidak berdaftar di Kementerian Pelajaran,  sekolah ini boleh didaftarkan sebagai sekolah baru dan akan mendapat kod XXX2013448522 dan pihak PERMATApintar akan menetapkan kod untuk sekolah berkenaan.
e) Jika sekiranya menghadapi masalah untuk mendaftar sekolah sila berikan maklumat sekolah (nama, alamat lengkap, telefon, faks dan emel (sekiranya ada) kepadapermatapintar@ukm.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah.
4. Hanya guru sekolah yang diberi tanggungjawab menguruskan ujian ini dibenarkan untuk mendaftar pelajar secara berkelompok (lebih dari 50 pelajar) dan boleh dihantar secara berperingkat-peringkat (dalam satu fail lebih 50 pelajar) kepadapermatapintar@ukm.my.  
UNTUK PARA GURU SEKOLAH SAHAJA
Download Excel FORMAT di sini: a) Excel XLSX Format (Microsoft Excel 2007 ke atas)   b) Excel XLS Format (Microsoft Excel 2003 dan ke bawah)
Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk mengambil ujian UKM1.

Sabtu, 11 Januari 2014

SELAMAT DATANG



TAHUN 2014 - AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU DALAM MENJALANKAN AMANAH YANG TELAH DIAMANAHKAN..BLOG INI ADALAH BERKENAAN DENGAN CATATAN HARIAN SAYA SEBAGAI GURU CEMERLANG MATEMATIK.