TEMPAT ADMIN BERTUGAS

ADMIN MULA BERTUGAS SEBAGAI GURU DI SEKOLAH INI PADA TAHUN 2008...

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 4 Januari 2015

ISU PENDIDIKAN 2014

Isu pendidikan dan juga kontroversi dalam dunia pendidikan yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini. Seperti biasa, isu guru dan pendidikan di Malaysia memang isu yang popular dan selalu dimainkan di media massa. Perkara biasa, tetapi kalau dilakukan oleh insan-insan yang bergelar guru, maka hebohlah satu dunia. Jom kita tengok balik isu-isu pendidikan sepanjang tahun 2014, serta kontroversi yang melandanya.


Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2014



Isu 01 : PT3 Tetiba Wujud
Rasanya isu pendidikan paling besar pada tahun 2014 adalah pelaksanaan PT3 yang boleh dikatakan tiba-tiba sahaja 'diwujudkan'. Bermula dengan tentangan segolongan guru dan ibubapa dengan sistem PBS, KPM kemudiannya mengeluarkan arahan PBS dihentikan seketika bagi memberi laluan untuk penilaian semula. 





Menjelang April, diumumkan pula 3 penambahbaikan pada PBS, iaitu DSP ditukar kepada PPPM, SPPBS secara Offline dan PMR digantikan dengan PT3. Dah tentu perkara ini menyebabkan banyak pihak yang lebih resah. Tak pernah dinyatakan langsung akan ada peperiksaan atau penilaian, tiba-tiba umum pula ada PT3. Format penilaian pun belum dikeluarkan, sedangkan pelaksanaan adalah dijangka pada bulan Oktober. 

Kemudian barulah KPM melalui Lembaga Peperiksaan mula mengeluarkan format dan contoh soalan, bermula pada bulan Jun / Julai. Guru-guru terpilih juga mula giat dihantar berkursus mengenai pelaksanaan PT3. Dan dalam keadaan semua orang blur-blur, kekurangan bahan, tak ada idea, maka berlangsunglah PT3 pada bulan Oktober. Keputusan PT3 bakal diumumkan pada bulan Disember ini. 



Isu 02 : UPSR Bocor Sebocor Bocornya
Isu UPSR bocor ini jugak isu besar untuk tahun ini. Dimulakan dengan pendedahan soalan bocor Sains di laman sosial dan media massa, tak sampai sehari, kecoh pula subjek Bahasa Inggeris juga mengalami masalah yang sama! Kemudian Bahasa Tamil juga diumumkan akan menjalani peperiksaan ulangan.



UPSR Bocor Sebocor Bocornya


Banyak pihak menyelar tindakan mereka yang tak bertanggungjawab. Malah beberapa orang guru dan Guru Besar juga turut diheret ke lokap, sebelum kemudiannya dibuktikan tidak bersalah. Ujian ulangan berlangsung sebaik sahaja peperiksaan terakhir UPSR seperti yang dirancangkan pada kali pertama.

Kesan daripada kes tersebut, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Naimah kemudiannya digantung tugas berserta Timbalannya. Jawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan kemudiannya diambil alih oleh Dato Misrah Haji Ibrahim. 



Isu 03 : Buli Kembali Lagi
Nampaknya drama buli masih tak habis-habis lagi dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Bermula dengan penyebaran secara viral kes buli budak perempuan Pailang di Samarahan, sehinggalah kes buli yang terkini, budak singlet hitam, semuanya ditangkap kerana sebaran secara berleluasa melalui laman sosial.





Malah sekolah-sekolah elit juga tak lepas daripada dugaan dalam menguruskan perkara-perkara sebegini.SDARMRSM Balik Pulau adalah antara sekolah yang terpalit dengan kejadian buli sehingga ke media massa. Antara tindakan yang diambil terhadap para pelajar ini adalah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak,dibuang dari sekolah.



Isu 04 : Malang Tidak Berbau
Tahun ini juga menyaksikan banyak kejadian malang yang berlaku di sekolah, atau pun yang melibatkan sekolah. Bermula dengan kejadian viral pada awal tahun sesi persekolahan, iaitu tersepit celah kerusi, dan berterusan lagi dengan kes-kes sedih yang menyayat hati.



Kes tersepit celah kerusi


Antaranya adalah kes budak tercucuk besikes budak sekolah rendah jatuh dari siling di Sabahbas rombongan sekolah yang kemalangan dan paling menyayat hati adalah kes pelajar sekolah menengah di Perlisyang meninggal dunia selepas jatuh dari siling dewan sekolah.

Jika dilihat kepada kejadian yang berlaku, maka usaha-usaha menambahbaik aspek keselamatan di sekolah perlu dipertingkatkan. Tak kisah lah apa pun puncanya, faktor pencegahan haruslah diberi perhatian. Semoga banyak kejadian malang yang berlaku tahun ini menjadi pengajaran kepada pihak sekolah dan mereka yang berkaitan.  



Isu 05 : Saman Jangan Tak Saman
Rasanya tahun nih tak banyak sangat kes saman menyaman cikgu nih. Kalau ada pun tak banyak yang mendapat perhatian. Hanya beberapa kes kecil antaranya kes Cikgu meLembukan murid, dan kes cikgu mualaf yang dihalang datang ke sekolah dengan bertudung. Namun kesemuanya diselesaikan dengan baik selepas campur tangan pihak lain.





Kes saman yang popular tahun nih tentulah kes Cikgu Mimi. Mula-mula ibu saman cikgu, pastu cikgu saman balik sebab tuduhan palsu.


Ianya bermula dengan kisah viral penderaan terhadap seorang pelajar sekolah rendah. Ibu mangsa tampil dan mahu menyaman guru tersebut. Dalam tengah HOT, rupa-rupanya barulah diketahuipunca sebenar yang berlaku pada pelajar tersebut, iaitu alahan. Maka ramai lah yang pula tampil dan memberi galakan kepada Cikgu Mimi untuk saman balik ibu tadi.

Perkembangan kes terkini tak pula diketahui. Tapi saya harapkan semuanya berakhir dengan aman, dan memuaskan hati semua pihak. Hanya tuan punya badan dan yang terlibat sahaja yang tahu permasalahan sebenar. Jangan terpengaruh dengan hasutan dan bobrokan orang lain. Sebab akhirnya, kita juga yang akan menanggung akibat.



Isu 06 : Mana Laptop Kami?
Mula-mula ianya adalah berita gembira buat warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia bagi menghargai jasa warga pendidik. Walaupun pada mulanya respon dari rakan guru adalah bercampur, ada yang setuju, dan ada juga yang tak setuju atas alasan kualiti Netbook yang bakal diterima, namun semua harapan hanya tinggal harapan.



warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia


Sejak diumumkan sehingga lah kini, tiada sebarang tanda bahawa guru akan benar-benar menerima Netbook tersebut. Tiada siapa yang tampil bagi memaklumkan perjalanan terkini Netbook tersebut. Walaubagaimanapun, pada perkembangan terkini, di dakwa guru-guru di KL bakal menjadi penerima pertama Netbook ini, sedikit masa lagi. Wallahualam. Sama-sama kita nantikan!




Isu 07 : Transformasi Pendidikan
Tahun ini juga KPM nampak nya sungguh-sungguh berusaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia. Seperti biasa, pasti ada kelompok yang tak berkenan di mana-mana bahagian perubahan yang dilakukan, namun usaha yang bagus haruslah dipuji. Nak berjaya, mesti kena ada pergerakan, mesti ada perubahan.

Antara yang sering dipromosikan sekarang adalah PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) kerana segala transformasi adalah berdasarkan kepada pelan yang dirancangkan ini. Selain daripada mengupayakan PPD, PLC (Professional Learning Communities) juga diperkenalkan. Program peningkatan profesionalisme guru sedia ada dan guru baharu juga giat dijalankan melalui Kursus CPD (Continuous Professional Development) dan juga melalui PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu). Penilaian PBPPP juga bakal dijadikan instrumen penilaian utama menjelang tahun depan.



PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)


Penggunaan pelbagai sistem online adalah seiring dengan perkembangan teknologi. Cuma beberapa aspek perlu diberi perhatian, seperti sistem tunggal yang stabil, cekap dan dapat dilayari ketika apa jua keadaan. e-Kehadiran yang diperkenalkan pada lewat tahun ini juga memberi banyak faedah, jika tak perlu lagi nak isi rekod berulangkali.

Bagi menjadikan transformasi ini seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran dunia sekarang, maka program seperti Ujian TIMSS dan PISA, KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan iThink diperkenalkan. Guru-guru juga dikehendaki menyiapkan Modul Online iThink yang bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.

Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya tidak banyak dasar baharu yang diwujudkan pada tahun ini. Sebaliknya lebih berfokus kepada usaha memastikan dasar-dasar yang telah wujud, dilaksanakan dengan lebih mantap. 



Isu 08 : Isu Posting dan Pertukaran
Isu posting dan pertukaran memang isu hot tak kira tahun. Tapi masalah posting makin menjadi sehingga memaksa universiti-universiti kini menawarkan ijazah terbuka, bukan lagi ijazah pendidikan. Posting kalau ada kekosongan, tidak dijanjikan seperti dulu lagi.

Dikatakan juga hampir seramai 2000 yang sudah dipanggil temuduga, namun masih dalam senarai menunggu. Tempoh sah temuduga hanya untuk setahun. Jika tamat tempoh, perlu mohon sekali lagi untuk temuduga. Perit!



Ads by InfoAd Options
Isu Posting dan Pertukaran


Maaf bagi yang mengharap. Tapi berdasarkan situasi semasa, maka saya sangat merasakan KPLI dan DPLI berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan lagi. Yang masih mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap dunia pendidikan, anda boleh cuba 11 lagi alternatif lain untuk menjadi guru.

Isu pertukaran tahun ini, masih lebih kurang sama. Cuma tidaklah sehot kisah Cikgu Idayu pada tahun lepas. Apa pun kita doakan yang terbaik buat semua. Semoga urusan semua orang dipermudahkanNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya.



Isu 09 : Warna Warni 2014
Bagi menyerikan lagi dunia pendidikan di Malaysia, saya turut kongsikan beberapa lagi kisah sensasi yang mewarnai sepanjang tahun 2014 ini. Antara yang menarik adalah Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPMcikgu beranak di sekolahcikgu makan katak, dan isu pelajar bakar sekolah kerana bergaduh dengan rakan sekelas.



Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPM



Semoga isu-isu pendidikan dan kontroversi panas sepanjang tahun ini, menjadi iktibar dan pengajaran yang berguna kepada kita di masa akan datang. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Selamat menjadi guru yang lebih hebat untuk tahun 2015! 

Rabu, 24 Disember 2014

5 TEKNIK CARIAN DI GOOGLE UNTUK GURU

Zaman moden dan era internet kini memainkan peranan besar kepada warga pendidik. Segala kerja hampir semua memerlukan talian internet. Pengunaan internet kadangkala memudahkan dan begitu juga sebaliknya.
Di sini ingin saya kongsikan 5 teknik berkesan carian di Google yang bakal membantu para guru mendapatkan hasil yang dikehendaki.

#1 Penggunaan Kata Kunci Filetype:xxxx

filetype doc kertas kerja


Pengunaan kata kunci filetype:xxxx dapat membantu para guru mendapatkan dokumen yang ingin dicapai di dalam internet dengan lebih spesifik dan mudah.
Sebagai contoh, anda ingin mencari kertas kerja tetapi mahu kertas kerja itu di dalam bentuk document yang boleh diedit. Maka, anda harus manaip filetype:doc kertas kerja di enjin carian Google.
Hasil carian, semua dokumen berformat doc (Word) yang mempunyai kata kunci kertas kerja akan keluar.
Terdapat beberapa kata kunci lain yang boleh anda gunapakai untuk mendapatkan carian yang bertepatan dengan kehendak anda.
Di bawah ini saya senaraikan katakunci filetype:xxxx yang boleh anda gunakan semasa membuat carian di Google beserta kegunaannya.
Filetype:doc xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Word
Filetype:pdf xxxxx – carian dokumen berformat Adobe Acrobat ( PDF )
Filetype:xls xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Excel
Filetype:ppt xxxxx – carian dokumen berformat Microsoft Power Point
*gantikan xxxxx dengan kata kunci carian anda.

#2 Pencarian Di Dalam Laman Sesawang Tertentu

site search
Kadangkala kita sudah tahu laman sesawang apa yang hendak kita buka dan cari maklumat. Sebagai CikguIK.com. Terdapat kemudahan yang disediakan oleh Google untuk mencari maklumat di dalam laman web tersebut.
Gunakan kata kunci site:www.cikguik.com xxxxx untuk mencari maklumat di dalam laman tersebut. Ianya boleh digunakan untuk semua laman sesawang yang anda tahu alamatnya.

#3 Penyelesaian Matematik Ringkas

4 x 4 x 4 x 7 x 8 x 9   Google Search
Mahu menjawab soalan matematik ringkas dengan cepat? Google mampu membantu anda menyelesaikannya dengan pantas. Pada ruang carian Google, hanya masukkan soalan matematik tersebut. Contohnya 4 x 4 x 4 x 7 x 8 x 9.
Paparan jawapan pada kalkulator Google akan terhasil. Selain itu, Google juga dapat menukar unit SI dengan mudah. Contohnya 45kg to mg. Paparan pernukaran unit SI akan muncul di enjin carian ini.
Bukan itu sahaja, penambahan masa dan waktu juga boleh dibuat di Google. Contohnya 45 minutes + 125 minutes. Anda akan mendapat jawapannya dengan segera. Google juga dapat memberitahu anda masa di satu-satu lokasi. Hanya perlu menaip Time in Phuket di enjin carian ini. Google akan memaparkan masa semasa di lokasi yang ditaip.
Buat masa ini, Google hanya dapat menerima arahan di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin suatu masa akan datang, Bahasa Melayu akan diterima dalam penggunaan aplikasi ini.

#4 Buat Perbandingan

rice vs wheat   Google Search
Mungkin jarang digunakan tetapi sesuai untuk kita gunapakai di dalam kelas bagi tujuan menunjukkan kepada murid perbandingan-perbandingan tertentu.
Gunakan kata kunci vs / versus. Sebagai contoh, rice versus wheat. Google akan memaparkan kandungan dan kalori di dalam setiap gram bagi nasi dan gandum yang ditulis di dalam carian. Anda boleh cuba dengan kata kunci lain, namun bukan semua dapat disenaraikan di oleh Google.

#5 Carian Journal dan Artikel Ilmiah

Google Scholar
Tugas guru bukan sahaja mendidik, malah menambahkan ilmu pengtahuan sedia ada. Ada antara kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana dan Sarjana ingin mendapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan tesis.
Google telah membuat satu laman carian khas bagi tujuan ini. Google Scholar. Hanya gunakan kata kunci carian anda dan tekan enter untuk mencarinya. Anda akan didedahkan dengan pilihan samada bahan rujukan di dalam bentuk pdf atau artikel di dalam laman web berautoriti.
Semoga 5 teknik carian di Google ini dapat membantu anda. Sebarang komen? Hanya masukkan butiran dibawah. Saya menanti komen-komen dari anda.

Kredit gambar : arkib cikguIK, Google

LAGU - LAGU PATRIOTIK UNTUK GURU

Pada kebiasaannya, setiap kali perhimpunan rasmi atau majlis-majlis keramian yang dihadiri oleh individu-indiviu penting, lagu-lagu patriotik atau lagu rasmi akan dimainkan.
Hampir sepanjang tahun akan ada banyak aktivti yang memerlukan lagu-lagu patriotik contohnya, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari 1 Malaysia, Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan pelbagai aktiviti lain yang dijayakan oleh guru-guru berkaliber di sekolah.
Namun begitu, apabila tiba pada hari yang ditetapkan, lagu yang hendak dimainkan tiada dalam simpanan. Di sini saya akan kongsikan beberapa lagu rasmi dan patriotik untuk dijadikan simpanan dan rujukan kelak.

#1 Lagu Negaraku

bendera malaysia
Penulis Lagu : Saiful Bahri ( 25 Ogos 1957 )
Penggubah Lagu : Pierre-Jean de Beranger ( 31 Ogos 1957 )
Muat Turun Lagu : Versi Penuh / Versi Instrumental.
Lagu Negaraku ini merupakan lagu rasmi yang selalu dimainkan pada dan ketika majlis-majlis rasmi keramaian. Lagu Negaraku mempunyai beberapa semenjak ianya ditulis. Sehingga kini ianya menjadi lagu kebanggaan rakyat Malaysia di mana jua berada.

#2 Lagu KeranaMu

malaysia-kuala-lumpur
Penggubah Lagu : Datuk Suhaimi Mohd Zain ( Pak Ngah )
Penulis Lirik : Siso Kopratasa
Muat Turun : Versi Instrumental / Versi Penuh
Lagu ini merupakan lagu rasmi Hari Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 2000 sehingga 2006. Walau bagaimanapun, ianya masih lagi dimainkan di corong radio dan majlis-majlis patriotik sempena Hari Kebangsaan.

#3 Lagu Tanggal 31

tugu-negara
Penggubah Lagu : Ahmad C.B
Penulis Lirik : Ahmad C.B
Muat Turun : Versi Penuh
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Arshad seringkali didengari di corong-corong radio. Lagu yang tidak lapuk dek hujang tidak lekang dek panas ini sentiasa menjadi pilihan apabila tiba masa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

#4 Lagu Guru Penjana Transformasi

hari-guru
Penggubah Lagu : –
Penulis Lirik : –
Muat Turun : Versi Instrumental / Versi Penuh
Setiap bulan Mei, sudah pasti akan diadakan sambutan Hari Guru samada di peringkat sekolah mahupun daerah. Ini merupakan antara lagu yang menjadi nyanyai para guru di sekolah selain lagu pilihan Kami Guru Malaysia.

#5 Lagu Kami Guru Malaysia

guru-mengajar
Penggubah Lagu : –
Penulis Lirik : –
Muat Turun : Versi Penuh
Ini merupakan lagu wajib yang seringkali dinyanyikan oleh para guru ketika di sekolah ketika sambutan hari guru 16 Mei. Lagu yang menggamit kenangan ketika kita menjadi murid di sekolah mahupun pendidik di sekolah.
Banyak lagi lagu-lagu patriotik akan kami update dari masa ke masa. Jika ada sebarang cadangan lagu, mohon komen di bawah untuk kami ambil tindakan update artikel ini.

Sabtu, 8 November 2014

TAKWIM 2015

Takwim persekolahan bagi sesi 2015 sudah dikeluarkan di laman web KPM pada hari ini. Dengan berbaki lagi hampir sebulan untuk bersekolah bagi sesi 2014, maka diharap jadual dan takwim ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti pada tahun 2015. Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 205 hari dan Jumlah Hari Cuti Penggal pula adalah 85 hari. Selamat merancang! Kumpulan A Negeri yang bersekolah pada hari Ahad : Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Takwim Sekolah 2015 Kumpulan A Kumpulan B Negeri yang bersekolah pada hari Isnin : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan
Takwim Sekolah 2015 Kumpulan B